Untuk Ummi dan anak-anak abah yang diingati selalu
Semoga Allah merahmati kita. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kita dan Dia tidak membiarkan kita hidup diatas dunia tanpa panduan dan pedoman. Allah telah mengutuskan Rasul yang membawa bersamanya al-Kitab. Sesiapa yang mentaati Rasul itu, maka dia adalah penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengingkarinya akan dimasukkan kedalam neraka. Dalilnya adalah firman Allah yang berbunyi;
"Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul (Muhammad) kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul kepada Fir'aun. Namun Fir'aun menderhakai Rasul itu, maka Kami siksa dia dengan siksaan yang berat."
[73:15-16]
“Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
[4:59]
Apabila ditanya, “Apakah perkara paling besar yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu dan apakah pula yang ditegahNya?
Maka jawablah “ Allah memerintahkan aku supaya mentauhidkanNya dan mencegah daripada melakukan syirik. Ini dapat dijelaskan melalui ayat berikut;
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
[16:90]
“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah…..” [47:19]
Mengenai tegahan Allah terhadap perbuatan syirik dalilnya adalah firman Allah;
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
[4:116]
“….Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”
[5:72]
Kita wajib menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Perintah-perintah tersebut boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, perintah-perintah bagi muslim sebagai individu dalam masyarakat. Kedua, perintah-perintah bagi umat Islam. Contoh perintah kepada individu adalah sholat dan contoh perintah kepada umat adalah hudud.
Panduan dan pedoman Allah meliputi segenap segi kehidupan. Perintah Allah bersifat syamil, kamil dan mutakamil (menyeluruh, sempurna dan saling menyempurnakan). Manakala sifat individu muslim itu terhad dan terbatas. Tidak mungkin seluruh perintah Allah dapat disempurnakan oleh manusia secara individualnya. Mereka mesti bergabung untuk melaksanakan perintah Allah. Kewajipan mentauhidkan Allah dan mentaati perintah-perintahNya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya tanpa kewujudan gabungan-gabungan individu-individu muslim. Oleh kerana pada hari ini Khalifah Islam tidak wujud, maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mewujudkannya. Malah kewajipan ini sangat mendesak.
Hilangnya Khalifah Islam dalam kehidupan umat Islam, maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk menegakkannya. Dalilnya sangat jelas, antaranya firman Allah [4:59] yang disebutkan diatas.
Hadith Nabi pula ada menyebut ;
“Barangsiapa mentaatiku, maka ia telah mentaati Allah. Barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa mentaati amirku, maka ia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amirku, maka ia telah bermaksiat kepadaku.”
[HR Bukhari]
Umar Bin Al-Khattab berkata, “Tidak ada Islam melainkan dengan jamaah, tidak ada jamaah melainkan dengan imamah (kepimpinan) dan tidak ada imamah kecuali dengan ketaatan"
Disamping itu, masalah ini adalah termasuk dalam kaedah usul, ‘Sesuatu yang tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengannya, maka sesuatu itu menjadi wajib.’
Hilangnya Khalifah Islam menimbulkan pelbagai kepincangan dan penyelewengan serta kerosakan hidup manusia. Antaranya;
- Perpecahan, kelemahan dan kehinaan yang menimpa umat Islam akibat tidak adanya khalifah dan qiyadah yang dapat menyatukan pemikiran umat Islam, menghimpunkan kekuatan umat untuk membela dan menegakkan panji-panji Islam.
- Menjauhnya Islam dan hukum-hukumnya dari kehidupan manusia, bahkan dari kehidupan umat Islam. Padahal, ia merupakan satu-satunya sistem yang dapat membahagiakan manusia.
- Kejahilan sebahagian besar umat Islam akan wajibnya menegakkan khilafah Islam. Disinilah mereka tidak menganggap salah idea memisahkan agama dari politik, yang banyak meracuni fikiran umat Islam, termasuklah sikap ulama yang tidak mahu bangkit menjalankan tugas ini.
- Tersebarnya kebatilan dan tertegaknya bendera-bendera kebathilan dimuka bumi, akibat surutnya panji-panji jihad islami dari medan juang. Dalam pada itu, ketiadaan Khilafah menyulitkan umat untuk mengangkat panji Islam, menyusun prajuritnya dan menyatukan segenap kekuatan umat Islam.
- Timbulnya fitnah dan kesengsaraan yang melanda umat manusia secara keseluruhan, meliputi fitnah syubhah dn fitnah syahawat akibat tiadanya negara Islam yang membimbing kepada sistem dan aturan Allah.
USAHA-USAHA MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH
Sejak Khilafah Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, telah muncul banyak gerakan untuk menegakkan kembali Khilafah Islam di muka buni. Walaupun usaha-usaha tersebut belum berhasil, namun ia telah memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada umat Islam pada hari ini. Semoga usaha-usaha tersebut diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Bermacam-macam cara telah diterokai. Ada yang mencuba melalui jalur politik, ada yang melalui pembinaan ekonomi dan peningkatan ilmu pengetahuan. Boleh rujuk sini mengenai cara. Sebagai ringkasan, cara-cara tersebut tidak berjaya menegakkan tauhid dan meruntuhkan kesyirikan. Ia hanya menibukkan umat Islam. Umpamanya cara politik menyibukkan umat Islam dalam siasah PBB. PBB yang dikuasai yahudi menipu mentah-mentah umat Islam. Rundingan demi rundingan diadakan. Setiap rundingan yang tidak menguntungkan mereka terus mereka cabuli. Yahudi tidak akan setia dengan janji. Itu sifat mereka.
Pendekatan ilmu pula menambahkan kekeliruan umat Islam. Ilmu yang sepatutnya menjelaskan tauhid dan syirik bertukar menjadi suatu ilmu untuk mencari harta dunia. Akhirnya kita tidak mamahami tuntutan kalimat tauhid yang sebenarnya. Kita tidak memahami tuntutan al wala’ dan al bara’ dari kalimah tauhid. Bagaimana umat Islam dapat bersatu?
Cara penguasaan ekonomi lebih membahayakan umat. Tanpa kefahaman dan penghayatan tauhid, harta menjadi fitnah, malah kecintaan terhadap harta menyebabkan kehancuran umat, dan meninggalkan kewajipan jihad. Itulah penyakit umat, iaitu al-wahn, cinta dunia dan takut mati (rujuk hadith riwayat Abu Daud).
Ada juga dikalangan umat yang menyalahkan takdir dan meninggalkan usaha. Mereka mengharapkan karamat-karamat dan pertolongan Allah tanpa sebarang usaha yang sewajarnya. Malah ada yang menyeleweng dari aqidah Islam, sehingga terjebak dengan pelbagai kesyirikan, khurafat, tahyul dan bid’ah. Selagi umat Islam tidak membersihkan diri daripada segala bentuk penyelewengan itu,maka selagi itulah asas Islam tidak terbina, malah asasnya semakin runtuh dan hancur.
Jalan untuk menegakkan Islam telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Bagindalah yang memberi arahan (muwajjih) yang ma’sum. Dan tidak ada orang yang maksum kecuali baginda. Baginda Rasulullah adalah satu-satunya manusia yang dapat memuaskan semua orang dengan arahan-arahannya. Baginda memulakan perjuangannya seorang diri dan berakhir dengan berjaya menegakkan negara Islam yang menguasai seluruh semenanjung tanah Arab, kemudiannya mekar keseluruh dunia sehingga kita disinipun berpeluang memeluk agama Islam.
Jalan yang dilalui oleh nabi terdiri daripada tiga langkah utama. Langkah pertama; menyampaikan dakwah. Kedua ; mengumpulkan orang yang menerima dan mentarbiyah mereka dan langkah ketiga menghadapi mereka yang menentang dakwah dengan kekuatan ketenteraan. Nabi menegakkan Islam dalam masa 23 tahun menghadapi pelbagai ujian dan tentangan. Kesemuanya terkumpul dalam tiga langkah tersebut. (tunggu entri akan datang membincangkan topik ini dengan lebih terperinci).
To be continue..