Sabtu, 19 Julai 2008

barang satu : Apabila Engkau Ditanya...

kata pembekal:

Anak-anakku,
Apabila ditanya : “Siapakah Rabb Engkau?”
Maka jawablah : “Rabbku adalah Allah.”

Apabila ditanya : “Apakah makna ar-Rabb?”
Maka jawablah : “Tuhan yang disembah, yang memerintah alam semesta dan Yang Maha Kuasa.”

Apabila ditanya : “Melalui apakah engkau mengenali Allah?”
Maka jawablah : “Kami mengenalinya melalui tanda-tanda kekuasaanNya dan juga makhluk ciptaanNya.”

Apabila ditanya : “Apakah tanda-tanda kekuasaanNya yang paling besar engkau perhatikan?”
Maka jawablah : “Siang dan malam.”

Apabila ditanya : “Apakah makhluk Allah yang paling besar yang engkau perhatikan?”
Maka jawablah : “Langit dan bumi”
(7:54)

Apabila ditanya : “Apa makna Allah?”
Maka jawablah : “Maknanya adalah yang memiliki al-ubudiyyah dan al-uluhiyyah atas sekelian makhlukNya.”

Apabila ditanya : “Kenapakah Allah menciptakan engkau?”
Maka jawablah : “Untuk beribadat kepadaNya.”

Apabila ditanya : “Apakah yang dimaksudkan dengan beribadat kepadaNya?”
Maka jawablah : “Mentauhid dan mentaatiNya.”
(51:56)

Apabila ditanya : “Apakah perkara pertama yang difardhukan Allah keatas engkau?”
Maka jawablah : “Mengkafirkan taghut dan beriman dengan Allah.”
(2:256)

Apabila ditanya : “Apakah al-‘urwatul wuthqo itu?”
Maka jawablah : “Kalimah LAILAHAILLALLAH. Makna kalimah LAILAHA itu mengandungi eri nafi, manakala ILLALLAH itu mengandungi erti ithbat.”

Apabila ditanya : “Apakah yang engkau nafi dan apakah yang engkau ithbatkan itu?”
Maka jawablah : “Nafi segala sesuatu yang diibadahi selain Allah
(43:26)
Ithbat bahawa ibadah itu hanyalah hak Allah semata-mata tiada sekutu bagiNya.”
(43:27)

Apabila ditanya : “Apakah perbezaan antara tauhid ar-Rububiyyah dan tauhid al-uluhiyyah?”
Maka jawablah : “Tauhid ar-Rububiyyah itu adalah mentauhidkan Allah dari segi perbuatan ar-Rabb seperti mencipta, mengurniakan rezeki, menghidupkan, mematikan, menurunkan hujan, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan mentadbir segala urusan.
Manakala tauhid al-Uluhiyyah itu adalah mentauhidkan Allah dalam perbuatan kamu wahai sekalian hamba Allah, seperti berdoa, takut, harap, tawakkal, beribadat, kasih, bimbang, bernazar, memohon pertolongan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ibadat.”

Apabila ditanya : “Apakah agama engkau?”
Maka jawablah : “Agamaku adalah Islam. Pokok dan dasar Islam itu mengandungi dua perkara.

1.Perintah beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain
2. Ancaman terhadap mereka yang melakukan syirik dalam ibadah kepada Allah.


Agamaku Islam dibina atas lima rukun
1. Penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Rasul Allah (3:18), (33:40)
2. Mendirikan sholat
3. Mengeluarkan zakat (98:5)
4. Berpuasa pada bulan Ramadhan (2:183)
5. Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu (3:97)”

Demikianlah anakku, yang dinamakan asas-asas aqidah. Berpegang teguhlah dan perhalusi setiap kunci katanya, supaya mandapat pencerahan secerah-cerahnya...


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kakakku...
teruskan penyeludupanmu...

Tanpa Nama berkata...

Miftahul Jannah! Rindu! HUu...

sludupilmu berkata...

iftar syahadah!
gambatena!