Ahad, 20 Julai 2008

barang dua : Ingkari T.A.G.H.U.T...!!!

kata pembekal:

Anak-anakku,

Ketahuilah, sesungguhnya kalimah tauhid, LAILAHAILLALLAH adalah pemisah diantara kafir dan Islam. Ianya juga disebut kalimah Taqwa atau al-urwatul wuthqo. Seterusnya kalimah ini jugalah yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s (43:28)


Tuntutan kalimah tauhid ini tidaklah memadai sekadar sebutan dibibir mulut sahaja, tetapi mesti mamahami dan menyedari makna yang terkandung didalam ikrar ini. Ini kerana kaum munafiq juga menyebut kalimah tauhid, sedangkan mereka itu yang kafir yang menjadi penghuni kerak naraka. Malah pada waktu yang sama, kaum munafiq itu juga mendirikan sholat dan mengeluarkan sedekah. Sesungguhnya apa yang dituntut daripada penerimaan kalimah tauhid itu adalah sebutan dibibir yang disertai dengan pembenaran hati. Pembenaran yang seterusnya menimbulkan rasa cinta terhadap kalimah tauhid dan para pendokongnya serta rasa benci terhadap golongan yang menyalahi dan mengingkarinya. Rasulullah S.A.W telah mengisyaratkan tentang wajibnya penerimaan kalimah tauhid itu diikutsertakan dengan pembenaran dihati sebagaimana ternyata dalam sabda-sabda baginda.

Katahuilah anak-anakku bahawa kalimah tauhid itu mengandungi nafi dan ithbat. Penafian terhadap al-ilahiyyah daripada kalangan makhluk hinggakan kalaulah Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri atau Jibril a.s disandarkan kepadanya kadudukan al-ilahiyyah maka sandaran itu adalah tertolak. Apatahlagi sandaran kepada para wali dan juga orang soleh. Hendaklah diithbatkan bahawa al-ilahiyyah itu hanyalah milik, hak mutlak Allah semata-mata.
Bertakwalah kepada Allah, wahai anak-anakku. Berpegang teguhlah dengan dasar agama Islam, dari awal hingga ke akhirnya. Dasar dan pokoknya adalah penyaksian dan pengakuan LAILAHAILLALLAH bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Fahamilah pengertian dan tuntutannya, cintailah kalimah tauhid itu dan kasihanilah para pendukungnya. Jadikanlah mereka sebagai saudara kita walaupun mereka itu berada jauh. Ingkarilah taghut dan tentanglah mereka. Bersikap bencilah terhadap golongan yang mengasihi taghut dan golongan yang masih berdolak- dalih tentang kafirnya taghut itu. Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada setiap muslim supaya mengkafirkan taghut dan berlepas diri daripada mereka, walau siapapun mereka.

Makna taghut
Sesunggguhnya perkara pertama ynag Allah fardhukan keatas anak Adam adalah mengkafirkan taghut dan beriman kepada Allah. Dalilnya adalah firman Allah Taala(16:36)

Adapun sifat mereka yang mengingkari taghut itu ialah meyakini bahawa sia-sianya sesuatu ibadat yang yang ditujukan kepada selain Allah. Oleh sebab itu mereka menjauh, menentang dan mengingkari para pendukung taghut dan memerangi mereka.
Manakala iman pula ialah kita meyakini bahawa Allah ialah Ilah yang Maha Esa, yang berhak disembah tanpa selainnya. Seluruh ibadat hendaklah diikhlaskan hanya kepada Allah dan kita hendaklah menafikan segala peribadatan terhadap selainNya. Hendaklah kita mencintai golongan yang ikhlas mendukung kalimah tauhid dan bersama-sama mereka. Seterusnya hendaklah kita mengingkari pelaku syirik dan memerangi mereka.
Tiadalah yang membenci agama ini melainkan yang sengaja memperbodoh-bodohkan dirinya sendiri. Inilah contoh teladan yang telah diceritakan oleh Allah melalui firmanNya.(60:4)


Taghut itu secara umumnya ialah segala sesuatu yang disembah selain Allah. Meredhoi segala sembahan, menyerahkan kepadanya ketaatan dan menjadikannya sebagai ikutan selain kepada Allah dan RasulNya adalah taghut.

Taghut boleh dikelaskan kepada lima golongan:

  • Syaithan yang menyeru kepada ibadah selain Allah. Dalilnya firman Allah Taala (36:60)

  • Para pemimpin zalim yang meminda hukum-hukum Allah Taala. Dalilnya adalah (4:60)

  • Mereka yang berhukum dengan hukum yang lain daripada yang diturunkan Allah(5:44)

  • Mereka yang mendakwa mengeahui ilmu ghaib selain Allah(6:59),(72:26,27)


  • Segala sesuatu yang disembah selain Allah dan dia redha dengan peribadatan itu(21:29)

Ketahuilah anak-anakkku bahawa manusia itu tidak beriman, melainkan setelah mereka mengingkari taghut. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Baqarah (2:256)

Kalimah ar-Rushd itu ialah agama Nabi Muhammad S.A.W. Manakala al-ghayy itu pula ialah agama Abu Jahal. Sementara kalimat al-urwatulwuthqa itu ialah shyahadat LAILAHAILLALLAH. Tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah! Untuk akhirnya, ketahuilah barang ini bukan hiasan. Ia cahaya. Fungsinya menerangi. Manfaatkan akalmu, cerahkan fikrahmu, suburkan percayamu, bahawa Dia Maha Esa.

Maha!

kata penyeludup : Bukak tafsir untuk pencerahan lebih daripada ayat-ayat dalam (breket kuneng).. Tiada nanti, skarang!! (hehe.. terkecik pulak ayat nih, ku x master lagi upload2 ayat ni)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taghut is not an option!
Ya!

Tanpa Nama berkata...

Taghut is not an option!
Ya!

sludupilmu berkata...

tak berapa clear lagi, kan? ttg taghut nih. xpe, nanti ana cari yang berkaitan dengan taghut nih.

Tanpa Nama berkata...

Aslmualaikum wr wb..Saya lagi pengen baget belajar agama..bantu saya z...apalagi temanya pas banget sesuai yang lagi saya pelajari yaitu tentang tauhid.Tolong kirimkan lewat email z...Aslm wr wb.