Memaparkan catatan dengan label kata pembekal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kata pembekal. Papar semua catatan

Isnin, 28 Julai 2008

Father and Daughter : Didi's turn..

Untuk Didi anak abah

Didi dah pandai lukis. Didi lukis gambar bunga dan gambar ikan. Didi tampal gambar tu dalam surat Didi.
Didi juga sudah pandai tulis. Didi tulis ‘Selamat Hari Raya’.

Didi kena rajin. Rajin tolong Ummi.

Rajin sholat.

Rajin baca al-Quran.

Rajin baca buku.

Rajin tulis.

Rajin kira.

Rajin melukis.

Rajin buat kerja yang Ummi suruh.

Jadi, Didi kena rajin, jangan malas.

Jangan malas sholat.

Jangan malas baca al-Quran.

Jangan malas tolong Ummi.

Jangan malas baca buku.

Jangan malas menulis.

Jangan malas kira mengira.



Didi anak abah,

Didi tulis, abah tak pernah raya dengan Didi.
Itu betul. Abah tahu. Abah ingat. Insya Allah abah akan raya dengan Didi di rumah nanti. Tapi tahun ini abah masih ditahan disini.
Nanti, bila bebas abah akan raya dengan Didi. Dan abah akan duduk bersama dengan Ummi dan semua anak-anak abah.

Nanti abah ajar Didi baca al-Quran, baca buku.

Abah akan ajar mengira,

melukis,

mengarang cerita

dan lain-lain lagi.

Sabarlah sayang Didi...

Tapi sekarang Didi kena belajar dengan Ummi, dan belajar dengan abang dan kakak. Ummi pun pandai mengajar kan.

Ikut Ummi tau.

...
2007 - Didi darjah satu.

Rabu, 23 Julai 2008

barang tiga : Khilafah Yang Hilang



Untuk Ummi dan anak-anak abah yang diingati selalu

Semoga Allah merahmati kita. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kita dan Dia tidak membiarkan kita hidup diatas dunia tanpa panduan dan pedoman. Allah telah mengutuskan Rasul yang membawa bersamanya al-Kitab. Sesiapa yang mentaati Rasul itu, maka dia adalah penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengingkarinya akan dimasukkan kedalam neraka. Dalilnya adalah firman Allah yang berbunyi;

"Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul (Muhammad) kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul kepada Fir'aun. Namun Fir'aun menderhakai Rasul itu, maka Kami siksa dia dengan siksaan yang berat."
[73:15-16]



“Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
[4:59]


Apabila ditanya, “Apakah perkara paling besar yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu dan apakah pula yang ditegahNya?

Maka jawablah “ Allah memerintahkan aku supaya mentauhidkanNya dan mencegah daripada melakukan syirik. Ini dapat dijelaskan melalui ayat berikut;
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
[16:90]



“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah…..” [47:19]

Mengenai tegahan Allah terhadap perbuatan syirik dalilnya adalah firman Allah;

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
[4:116]


“….Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”
[5:72]


Kita wajib menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Perintah-perintah tersebut boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, perintah-perintah bagi muslim sebagai individu dalam masyarakat. Kedua, perintah-perintah bagi umat Islam. Contoh perintah kepada individu adalah sholat dan contoh perintah kepada umat adalah hudud.

Panduan dan pedoman Allah meliputi segenap segi kehidupan. Perintah Allah bersifat syamil, kamil dan mutakamil (menyeluruh, sempurna dan saling menyempurnakan). Manakala sifat individu muslim itu terhad dan terbatas. Tidak mungkin seluruh perintah Allah dapat disempurnakan oleh manusia secara individualnya. Mereka mesti bergabung untuk melaksanakan perintah Allah. Kewajipan mentauhidkan Allah dan mentaati perintah-perintahNya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya tanpa kewujudan gabungan-gabungan individu-individu muslim. Oleh kerana pada hari ini Khalifah Islam tidak wujud, maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mewujudkannya. Malah kewajipan ini sangat mendesak.

Hilangnya Khalifah Islam dalam kehidupan umat Islam, maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk menegakkannya. Dalilnya sangat jelas, antaranya firman Allah [4:59] yang disebutkan diatas.

Hadith Nabi pula ada menyebut ;
“Barangsiapa mentaatiku, maka ia telah mentaati Allah. Barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa mentaati amirku, maka ia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amirku, maka ia telah bermaksiat kepadaku.
[HR Bukhari]

Umar Bin Al-Khattab berkata, “Tidak ada Islam melainkan dengan jamaah, tidak ada jamaah melainkan dengan imamah (kepimpinan) dan tidak ada imamah kecuali dengan ketaatan"

Disamping itu, masalah ini adalah termasuk dalam kaedah usul, ‘Sesuatu yang tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengannya, maka sesuatu itu menjadi wajib.’

Hilangnya Khalifah Islam menimbulkan pelbagai kepincangan dan penyelewengan serta kerosakan hidup manusia. Antaranya;

  1. Perpecahan, kelemahan dan kehinaan yang menimpa umat Islam akibat tidak adanya khalifah dan qiyadah yang dapat menyatukan pemikiran umat Islam, menghimpunkan kekuatan umat untuk membela dan menegakkan panji-panji Islam.

  2. Menjauhnya Islam dan hukum-hukumnya dari kehidupan manusia, bahkan dari kehidupan umat Islam. Padahal, ia merupakan satu-satunya sistem yang dapat membahagiakan manusia.

  3. Kejahilan sebahagian besar umat Islam akan wajibnya menegakkan khilafah Islam. Disinilah mereka tidak menganggap salah idea memisahkan agama dari politik, yang banyak meracuni fikiran umat Islam, termasuklah sikap ulama yang tidak mahu bangkit menjalankan tugas ini.


  4. Tersebarnya kebatilan dan tertegaknya bendera-bendera kebathilan dimuka bumi, akibat surutnya panji-panji jihad islami dari medan juang. Dalam pada itu, ketiadaan Khilafah menyulitkan umat untuk mengangkat panji Islam, menyusun prajuritnya dan menyatukan segenap kekuatan umat Islam.


  5. Timbulnya fitnah dan kesengsaraan yang melanda umat manusia secara keseluruhan, meliputi fitnah syubhah dn fitnah syahawat akibat tiadanya negara Islam yang membimbing kepada sistem dan aturan Allah.



USAHA-USAHA MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH

Sejak Khilafah Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, telah muncul banyak gerakan untuk menegakkan kembali Khilafah Islam di muka buni. Walaupun usaha-usaha tersebut belum berhasil, namun ia telah memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada umat Islam pada hari ini. Semoga usaha-usaha tersebut diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Bermacam-macam cara telah diterokai. Ada yang mencuba melalui jalur politik, ada yang melalui pembinaan ekonomi dan peningkatan ilmu pengetahuan. Boleh rujuk sini mengenai cara. Sebagai ringkasan, cara-cara tersebut tidak berjaya menegakkan tauhid dan meruntuhkan kesyirikan. Ia hanya menibukkan umat Islam. Umpamanya cara politik menyibukkan umat Islam dalam siasah PBB. PBB yang dikuasai yahudi menipu mentah-mentah umat Islam. Rundingan demi rundingan diadakan. Setiap rundingan yang tidak menguntungkan mereka terus mereka cabuli. Yahudi tidak akan setia dengan janji. Itu sifat mereka.

Pendekatan ilmu pula menambahkan kekeliruan umat Islam. Ilmu yang sepatutnya menjelaskan tauhid dan syirik bertukar menjadi suatu ilmu untuk mencari harta dunia. Akhirnya kita tidak mamahami tuntutan kalimat tauhid yang sebenarnya. Kita tidak memahami tuntutan al wala’ dan al bara’ dari kalimah tauhid. Bagaimana umat Islam dapat bersatu?

Cara penguasaan ekonomi lebih membahayakan umat. Tanpa kefahaman dan penghayatan tauhid, harta menjadi fitnah, malah kecintaan terhadap harta menyebabkan kehancuran umat, dan meninggalkan kewajipan jihad. Itulah penyakit umat, iaitu al-wahn, cinta dunia dan takut mati (rujuk hadith riwayat Abu Daud).

Ada juga dikalangan umat yang menyalahkan takdir dan meninggalkan usaha. Mereka mengharapkan karamat-karamat dan pertolongan Allah tanpa sebarang usaha yang sewajarnya. Malah ada yang menyeleweng dari aqidah Islam, sehingga terjebak dengan pelbagai kesyirikan, khurafat, tahyul dan bid’ah. Selagi umat Islam tidak membersihkan diri daripada segala bentuk penyelewengan itu,maka selagi itulah asas Islam tidak terbina, malah asasnya semakin runtuh dan hancur.

Jalan untuk menegakkan Islam telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Bagindalah yang memberi arahan (muwajjih) yang ma’sum. Dan tidak ada orang yang maksum kecuali baginda. Baginda Rasulullah adalah satu-satunya manusia yang dapat memuaskan semua orang dengan arahan-arahannya. Baginda memulakan perjuangannya seorang diri dan berakhir dengan berjaya menegakkan negara Islam yang menguasai seluruh semenanjung tanah Arab, kemudiannya mekar keseluruh dunia sehingga kita disinipun berpeluang memeluk agama Islam.

Jalan yang dilalui oleh nabi terdiri daripada tiga langkah utama. Langkah pertama; menyampaikan dakwah. Kedua ; mengumpulkan orang yang menerima dan mentarbiyah mereka dan langkah ketiga menghadapi mereka yang menentang dakwah dengan kekuatan ketenteraan. Nabi menegakkan Islam dalam masa 23 tahun menghadapi pelbagai ujian dan tentangan. Kesemuanya terkumpul dalam tiga langkah tersebut. (tunggu entri akan datang membincangkan topik ini dengan lebih terperinci).

To be continue..

Ahad, 20 Julai 2008

barang dua : Ingkari T.A.G.H.U.T...!!!

kata pembekal:

Anak-anakku,

Ketahuilah, sesungguhnya kalimah tauhid, LAILAHAILLALLAH adalah pemisah diantara kafir dan Islam. Ianya juga disebut kalimah Taqwa atau al-urwatul wuthqo. Seterusnya kalimah ini jugalah yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s (43:28)


Tuntutan kalimah tauhid ini tidaklah memadai sekadar sebutan dibibir mulut sahaja, tetapi mesti mamahami dan menyedari makna yang terkandung didalam ikrar ini. Ini kerana kaum munafiq juga menyebut kalimah tauhid, sedangkan mereka itu yang kafir yang menjadi penghuni kerak naraka. Malah pada waktu yang sama, kaum munafiq itu juga mendirikan sholat dan mengeluarkan sedekah. Sesungguhnya apa yang dituntut daripada penerimaan kalimah tauhid itu adalah sebutan dibibir yang disertai dengan pembenaran hati. Pembenaran yang seterusnya menimbulkan rasa cinta terhadap kalimah tauhid dan para pendokongnya serta rasa benci terhadap golongan yang menyalahi dan mengingkarinya. Rasulullah S.A.W telah mengisyaratkan tentang wajibnya penerimaan kalimah tauhid itu diikutsertakan dengan pembenaran dihati sebagaimana ternyata dalam sabda-sabda baginda.

Katahuilah anak-anakku bahawa kalimah tauhid itu mengandungi nafi dan ithbat. Penafian terhadap al-ilahiyyah daripada kalangan makhluk hinggakan kalaulah Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri atau Jibril a.s disandarkan kepadanya kadudukan al-ilahiyyah maka sandaran itu adalah tertolak. Apatahlagi sandaran kepada para wali dan juga orang soleh. Hendaklah diithbatkan bahawa al-ilahiyyah itu hanyalah milik, hak mutlak Allah semata-mata.
Bertakwalah kepada Allah, wahai anak-anakku. Berpegang teguhlah dengan dasar agama Islam, dari awal hingga ke akhirnya. Dasar dan pokoknya adalah penyaksian dan pengakuan LAILAHAILLALLAH bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Fahamilah pengertian dan tuntutannya, cintailah kalimah tauhid itu dan kasihanilah para pendukungnya. Jadikanlah mereka sebagai saudara kita walaupun mereka itu berada jauh. Ingkarilah taghut dan tentanglah mereka. Bersikap bencilah terhadap golongan yang mengasihi taghut dan golongan yang masih berdolak- dalih tentang kafirnya taghut itu. Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada setiap muslim supaya mengkafirkan taghut dan berlepas diri daripada mereka, walau siapapun mereka.

Makna taghut
Sesunggguhnya perkara pertama ynag Allah fardhukan keatas anak Adam adalah mengkafirkan taghut dan beriman kepada Allah. Dalilnya adalah firman Allah Taala(16:36)

Adapun sifat mereka yang mengingkari taghut itu ialah meyakini bahawa sia-sianya sesuatu ibadat yang yang ditujukan kepada selain Allah. Oleh sebab itu mereka menjauh, menentang dan mengingkari para pendukung taghut dan memerangi mereka.
Manakala iman pula ialah kita meyakini bahawa Allah ialah Ilah yang Maha Esa, yang berhak disembah tanpa selainnya. Seluruh ibadat hendaklah diikhlaskan hanya kepada Allah dan kita hendaklah menafikan segala peribadatan terhadap selainNya. Hendaklah kita mencintai golongan yang ikhlas mendukung kalimah tauhid dan bersama-sama mereka. Seterusnya hendaklah kita mengingkari pelaku syirik dan memerangi mereka.
Tiadalah yang membenci agama ini melainkan yang sengaja memperbodoh-bodohkan dirinya sendiri. Inilah contoh teladan yang telah diceritakan oleh Allah melalui firmanNya.(60:4)


Taghut itu secara umumnya ialah segala sesuatu yang disembah selain Allah. Meredhoi segala sembahan, menyerahkan kepadanya ketaatan dan menjadikannya sebagai ikutan selain kepada Allah dan RasulNya adalah taghut.

Taghut boleh dikelaskan kepada lima golongan:

  • Syaithan yang menyeru kepada ibadah selain Allah. Dalilnya firman Allah Taala (36:60)

  • Para pemimpin zalim yang meminda hukum-hukum Allah Taala. Dalilnya adalah (4:60)

  • Mereka yang berhukum dengan hukum yang lain daripada yang diturunkan Allah(5:44)

  • Mereka yang mendakwa mengeahui ilmu ghaib selain Allah(6:59),(72:26,27)


  • Segala sesuatu yang disembah selain Allah dan dia redha dengan peribadatan itu(21:29)

Ketahuilah anak-anakkku bahawa manusia itu tidak beriman, melainkan setelah mereka mengingkari taghut. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Baqarah (2:256)

Kalimah ar-Rushd itu ialah agama Nabi Muhammad S.A.W. Manakala al-ghayy itu pula ialah agama Abu Jahal. Sementara kalimat al-urwatulwuthqa itu ialah shyahadat LAILAHAILLALLAH. Tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah! Untuk akhirnya, ketahuilah barang ini bukan hiasan. Ia cahaya. Fungsinya menerangi. Manfaatkan akalmu, cerahkan fikrahmu, suburkan percayamu, bahawa Dia Maha Esa.

Maha!

kata penyeludup : Bukak tafsir untuk pencerahan lebih daripada ayat-ayat dalam (breket kuneng).. Tiada nanti, skarang!! (hehe.. terkecik pulak ayat nih, ku x master lagi upload2 ayat ni)

Sabtu, 19 Julai 2008

barang satu : Apabila Engkau Ditanya...

kata pembekal:

Anak-anakku,
Apabila ditanya : “Siapakah Rabb Engkau?”
Maka jawablah : “Rabbku adalah Allah.”

Apabila ditanya : “Apakah makna ar-Rabb?”
Maka jawablah : “Tuhan yang disembah, yang memerintah alam semesta dan Yang Maha Kuasa.”

Apabila ditanya : “Melalui apakah engkau mengenali Allah?”
Maka jawablah : “Kami mengenalinya melalui tanda-tanda kekuasaanNya dan juga makhluk ciptaanNya.”

Apabila ditanya : “Apakah tanda-tanda kekuasaanNya yang paling besar engkau perhatikan?”
Maka jawablah : “Siang dan malam.”

Apabila ditanya : “Apakah makhluk Allah yang paling besar yang engkau perhatikan?”
Maka jawablah : “Langit dan bumi”
(7:54)

Apabila ditanya : “Apa makna Allah?”
Maka jawablah : “Maknanya adalah yang memiliki al-ubudiyyah dan al-uluhiyyah atas sekelian makhlukNya.”

Apabila ditanya : “Kenapakah Allah menciptakan engkau?”
Maka jawablah : “Untuk beribadat kepadaNya.”

Apabila ditanya : “Apakah yang dimaksudkan dengan beribadat kepadaNya?”
Maka jawablah : “Mentauhid dan mentaatiNya.”
(51:56)

Apabila ditanya : “Apakah perkara pertama yang difardhukan Allah keatas engkau?”
Maka jawablah : “Mengkafirkan taghut dan beriman dengan Allah.”
(2:256)

Apabila ditanya : “Apakah al-‘urwatul wuthqo itu?”
Maka jawablah : “Kalimah LAILAHAILLALLAH. Makna kalimah LAILAHA itu mengandungi eri nafi, manakala ILLALLAH itu mengandungi erti ithbat.”

Apabila ditanya : “Apakah yang engkau nafi dan apakah yang engkau ithbatkan itu?”
Maka jawablah : “Nafi segala sesuatu yang diibadahi selain Allah
(43:26)
Ithbat bahawa ibadah itu hanyalah hak Allah semata-mata tiada sekutu bagiNya.”
(43:27)

Apabila ditanya : “Apakah perbezaan antara tauhid ar-Rububiyyah dan tauhid al-uluhiyyah?”
Maka jawablah : “Tauhid ar-Rububiyyah itu adalah mentauhidkan Allah dari segi perbuatan ar-Rabb seperti mencipta, mengurniakan rezeki, menghidupkan, mematikan, menurunkan hujan, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan mentadbir segala urusan.
Manakala tauhid al-Uluhiyyah itu adalah mentauhidkan Allah dalam perbuatan kamu wahai sekalian hamba Allah, seperti berdoa, takut, harap, tawakkal, beribadat, kasih, bimbang, bernazar, memohon pertolongan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ibadat.”

Apabila ditanya : “Apakah agama engkau?”
Maka jawablah : “Agamaku adalah Islam. Pokok dan dasar Islam itu mengandungi dua perkara.

1.Perintah beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain
2. Ancaman terhadap mereka yang melakukan syirik dalam ibadah kepada Allah.


Agamaku Islam dibina atas lima rukun
1. Penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Rasul Allah (3:18), (33:40)
2. Mendirikan sholat
3. Mengeluarkan zakat (98:5)
4. Berpuasa pada bulan Ramadhan (2:183)
5. Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu (3:97)”

Demikianlah anakku, yang dinamakan asas-asas aqidah. Berpegang teguhlah dan perhalusi setiap kunci katanya, supaya mandapat pencerahan secerah-cerahnya...